Sekarang ni aku dah belajar di persekitaran yang baru. Maksudnya aku dah berhenti di tempat belajar aku yang dulu. Mungkin disebabkan peluang yang baik dan masa depan yang cerah membuatkan aku terfikir untuk berhenti zaman di universiti dan mulakan hidup baru di zaman kolej. Sebenarnya universiti dengan kolej adalah 2 tempat yang berbeza..(sekarang nama kolej aku pun ada universiti).
Dulu aku belajar Diploma Sains di UiTM Jengka, Pahang..aku sempatkan habiskan semester 1 sahaja dan datang permulaan semester 2. Kenapa aku berhenti? Alhamdulillah aku dapat tawaran SPA untuk Latihan Separa Perubatan.
Aku sekarang belajar Diploma Teknologi Makmal Perubatan di bawah program outsourcing oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di Nilai University College. Bezanya dengan UiTM ialah aku dapat elaun setiap bulan=RM 621.61/bulan. Bukan elaun tu sahaja yang aku dapat, elaun pakaian lagi, barang-barang keperluan, buku dan lain-lain. Lagipun, selepas 3 tahun belajar bawah KKM jaminan kerja dah memang ada untuk aku. Sebab itulah aku pilih tawaran ini.
Dekat tempat baru ni memang seronok dibandingkan dengan tempat lama. Kelas dia selesa, makmal dia selesa, kawasan kampus tenang dan yang paling penting sekali subjek semuanya senang..(untuk sem 1 je agaknya) :D
Pensyarah yang mengajar dekat sini pun semuanya baik-baik.
Antara subjek yang aku belajar untuk sem 1 ni:-
- Biochemistry (MPAE1113)
- Human Biology (MPAB113)
- Laboratory Equipment (MPAX1114)
- Chemistry (MPAC1113)
- Immunology (MPAI1212)
- Mathematics & Statistics (MPAY1112)
yang paling seronok sekali, kelas tak ada hari jumaat-ahad. Program-program dan kokurikulum pun tak ada & tak diwajibkan hadir (tak macam uitm! :p) boleh la balik setiap minggu :))
Kesimpulannya, aku seronok sangat belajar dekat tempat baru ni. Aku harap untuk sem 1 ni aku boleh dapat 4 flat. Semoga hajat aku termakbul. AMIN
No comments:
Post a Comment