Thursday, 23 June 2011

A.K.U

 ASSALAMUALAIKUM W.B.T.


Biasalah mula-mula kita kena perkenalkan diri kita. Setiap sesuatu perkara mesti ada permulaannya. Bak kata pepatah orang Melayu, "tak kenal maka tak cinta".

Nama aku Nurul Izzah bt Ibrahim. Aku dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Cheras, Selangor. Tarikh 18 April 1992 menjadi permulaan hidup aku. Aku merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik-beradik. Biasalah dah nama anak bongsu kan, kecik-kecik la waktu paling selalu kena buli. Dh besar malu la kalau kena buli lagi..sepatutnya kena la buli dia orang balik (abang&kakak aku).

Hobi aku suka menonton televisyen. Tapi, sejak kebelakangan ni, cerita kat tv semakin tak menarik macam dulu. Agaknya sebab tu la aku gatalkan tangan untuk "blogging" ni walaupun aku tau yang aku ni memang susah nak rajinkan diri untuk blogging.

Cita-cita aku? sampai sekarang aku masih mencari cita-cita aku. Aku bukanlah tak ada cita-cita & impian. Macam-macam aku impikan. Masalahnya, aku belum ada cita-cita yang betul-betul kukuh lagi. Setakat ni, aku fikir lepas aku habis belajar sampai ke tahap ijazah, aku akan bekerja (tak kisah kerja apa), kemudian selepas mendirikan rumah tangga aku & mendapat anak, aku akan menjadi suri rumah sepenuh masa. 

Pelikkan impian aku? hakikatnya, aku lebih senang kalau aku sendiri yang menjaga dan mendidik anak-anak aku nanti. Sekarang ni pun antara faktor yang mendatangkan masalah gejala sosial di kalangan remaja adalah 'ibu & bapa yang sibuk mencari nafkah(duit)  untuk menanggung hidup anak-anak'. Mungkin disebabkan faktor inilah yang membuat kurangnya perhatian dan kasih sayang dari ibu bapa. Walaupun bagi sesetengah manusia yang memandang rendah akan impian aku ini, aku sendiri ada bukti yang kukuh untuk mereka fikir balik tanggapan mereka terhadap pekerjaan ni.

Makanan kegemaran aku...nasi campur. Bagi aku, walau banyak macam mana pun makanan yang sedap-sedap di negara kita ni, aku masih tak boleh hidup tanpa nasi putih dan lauk. Apa-apa jenis lauk pun aku tak kisah asalkan lauk itu lauk yang biasa dimasak di negara kita. Antara lauk kegemaran aku, sambal tumis udang, daging salai masak lemak cili api@padi, ikan siakap masam manis, ayam masak merah dan lain-lain. 

Aku bersyukur sangat sebab aku bukan jenis yang ada alahan pada sesetengah makanan seperti makanan laut. Aku suka sangat makanan laut seperti ketam, tiram. sotong, ikan dan kerang. Aku juga tidak memilih@cerewet pada sesetengah makanan yang mak aku masak. Mungkin aku dah biasa makan masakan mak aku.

Minuman kegemaran aku ialah air kosong dan air laici. Aku tak suka minuman bergas dan berais. Tapi, waktu datang rumah orang ke kenduri ke aku minum juga untuk mengambil hati tuan rumah tersebut :)


Sifat-sifat positif yang ada dalam diri aku;

- Suka berdikari & tak suka mengharapkan bantuan dari orang lain

- Suka menolong

- Bersifat sopan dengan kaum sejenis (kaum adam maaf ye, kalau dengan korang aku kasar sikit)

- Suka bersangka baik terhadap orang lain (terutama kaum sejenis. maaf lagi ye kaum adam)

- Suka fikir ke hadapan

Sifat negatif;-
 PANAS BARAN
hahahaha.....

Aku ni jenis yang tak kisah apa orang nak kata pasal aku. Selalunya orang yang tak kenal aku (tak rapat) dia akan kata aku ni pendiam, sopan santun dll. Sebenarnya tanggapan diorang memang salah sama sekali. Aku bukanlah jenis yang senyap dan membosankan. Aku lagi senang bergaul dengan orang yang sekepala dengan aku. Bagi orang-orang macam ni, aku lebih suka menyerlahkan diri aku dekat mereka sebab mereka lebih paham aku macam mana. Aku juga ada "sense of humuor". tak percaya? Buktinya bila aku buat lawak, mestilah orang yang mendengarnya akan gelak.

Buat masa sekarang ni aku belum lagi berpunya dan hati aku rasa berat sangat nak bercinta lagi. Mungkin juga disebabkan kisah silam yang selalu menghantui hidup aku sampai la sekarang. Hati aku dah hancur sebab lelaki dan susah untuk aku maafkan lelaki-lelaki yang pernah kecewakan aku dan hancurkan hati aku. Tak tau la adakah aku ni bakal menjadi andartu disebabkan kecewa dengan sikap lelaki Melayu? Mungkin ya. Memang la tak semua lelaki jahat dan tak semua perempuan baik. Tapi zaman sekarang ni susah sangat nak jumpa lelaki Melayu yang betul-betul baik.....

No comments:

Post a Comment