Sunday, 26 June 2011

Perkara-perkara yang Membuat Kita Hilang Ingatan dan Tumpul Minda

KURANGKAN:
  •  makan bawang besar
  • makanan berempah
  • makan ketumbar kering
  • menonton hiburan
  • mambaca majalah hiburan
  • ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  • minuman bergas, minuman dalam tin & air batu
  • makan organ dalaman seperti hati, paru, limpa, pedal dan lain-lain terutamanya kanak-kanak

JANGAN:
  1. Makan kepala ikan
  2. Minum air yang ada semut
  3. Tidur selepas subuh
  4. Tidur selepas asar
  5. Tidur selepas makan
  6. Makan terlalu kenyang
  7. Makan berat selepas jam 9 malam
  8. Makan makanan masam berlebihan
  9. Dicampur makanan laut dan darat dalam satu hidangan
  10. Minum susu selepas memakan daging/ayam


PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2

Selalu makan makanan yang panas2

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam2

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selau menggunakan imaginasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang ada pewarna

Jangan makan makanan yang ada bahan pengawet

Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 7.00 malam

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

 Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

 Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.  Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila -bila masa.

 Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.  
  Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

 Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.  Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Jangan biarkan SAJA artikel ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!  

Wasalam 

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) 

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.."   
(Surah Al-Ahzab:71)

Thursday, 23 June 2011

A.K.U

 ASSALAMUALAIKUM W.B.T.


Biasalah mula-mula kita kena perkenalkan diri kita. Setiap sesuatu perkara mesti ada permulaannya. Bak kata pepatah orang Melayu, "tak kenal maka tak cinta".

Nama aku Nurul Izzah bt Ibrahim. Aku dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Cheras, Selangor. Tarikh 18 April 1992 menjadi permulaan hidup aku. Aku merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik-beradik. Biasalah dah nama anak bongsu kan, kecik-kecik la waktu paling selalu kena buli. Dh besar malu la kalau kena buli lagi..sepatutnya kena la buli dia orang balik (abang&kakak aku).

Hobi aku suka menonton televisyen. Tapi, sejak kebelakangan ni, cerita kat tv semakin tak menarik macam dulu. Agaknya sebab tu la aku gatalkan tangan untuk "blogging" ni walaupun aku tau yang aku ni memang susah nak rajinkan diri untuk blogging.

Cita-cita aku? sampai sekarang aku masih mencari cita-cita aku. Aku bukanlah tak ada cita-cita & impian. Macam-macam aku impikan. Masalahnya, aku belum ada cita-cita yang betul-betul kukuh lagi. Setakat ni, aku fikir lepas aku habis belajar sampai ke tahap ijazah, aku akan bekerja (tak kisah kerja apa), kemudian selepas mendirikan rumah tangga aku & mendapat anak, aku akan menjadi suri rumah sepenuh masa. 

Pelikkan impian aku? hakikatnya, aku lebih senang kalau aku sendiri yang menjaga dan mendidik anak-anak aku nanti. Sekarang ni pun antara faktor yang mendatangkan masalah gejala sosial di kalangan remaja adalah 'ibu & bapa yang sibuk mencari nafkah(duit)  untuk menanggung hidup anak-anak'. Mungkin disebabkan faktor inilah yang membuat kurangnya perhatian dan kasih sayang dari ibu bapa. Walaupun bagi sesetengah manusia yang memandang rendah akan impian aku ini, aku sendiri ada bukti yang kukuh untuk mereka fikir balik tanggapan mereka terhadap pekerjaan ni.

Makanan kegemaran aku...nasi campur. Bagi aku, walau banyak macam mana pun makanan yang sedap-sedap di negara kita ni, aku masih tak boleh hidup tanpa nasi putih dan lauk. Apa-apa jenis lauk pun aku tak kisah asalkan lauk itu lauk yang biasa dimasak di negara kita. Antara lauk kegemaran aku, sambal tumis udang, daging salai masak lemak cili api@padi, ikan siakap masam manis, ayam masak merah dan lain-lain. 

Aku bersyukur sangat sebab aku bukan jenis yang ada alahan pada sesetengah makanan seperti makanan laut. Aku suka sangat makanan laut seperti ketam, tiram. sotong, ikan dan kerang. Aku juga tidak memilih@cerewet pada sesetengah makanan yang mak aku masak. Mungkin aku dah biasa makan masakan mak aku.

Minuman kegemaran aku ialah air kosong dan air laici. Aku tak suka minuman bergas dan berais. Tapi, waktu datang rumah orang ke kenduri ke aku minum juga untuk mengambil hati tuan rumah tersebut :)


Sifat-sifat positif yang ada dalam diri aku;

- Suka berdikari & tak suka mengharapkan bantuan dari orang lain

- Suka menolong

- Bersifat sopan dengan kaum sejenis (kaum adam maaf ye, kalau dengan korang aku kasar sikit)

- Suka bersangka baik terhadap orang lain (terutama kaum sejenis. maaf lagi ye kaum adam)

- Suka fikir ke hadapan

Sifat negatif;-
 PANAS BARAN
hahahaha.....

Aku ni jenis yang tak kisah apa orang nak kata pasal aku. Selalunya orang yang tak kenal aku (tak rapat) dia akan kata aku ni pendiam, sopan santun dll. Sebenarnya tanggapan diorang memang salah sama sekali. Aku bukanlah jenis yang senyap dan membosankan. Aku lagi senang bergaul dengan orang yang sekepala dengan aku. Bagi orang-orang macam ni, aku lebih suka menyerlahkan diri aku dekat mereka sebab mereka lebih paham aku macam mana. Aku juga ada "sense of humuor". tak percaya? Buktinya bila aku buat lawak, mestilah orang yang mendengarnya akan gelak.

Buat masa sekarang ni aku belum lagi berpunya dan hati aku rasa berat sangat nak bercinta lagi. Mungkin juga disebabkan kisah silam yang selalu menghantui hidup aku sampai la sekarang. Hati aku dah hancur sebab lelaki dan susah untuk aku maafkan lelaki-lelaki yang pernah kecewakan aku dan hancurkan hati aku. Tak tau la adakah aku ni bakal menjadi andartu disebabkan kecewa dengan sikap lelaki Melayu? Mungkin ya. Memang la tak semua lelaki jahat dan tak semua perempuan baik. Tapi zaman sekarang ni susah sangat nak jumpa lelaki Melayu yang betul-betul baik.....